Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar UITM raih tempat pertama di dunia kertas peperiksaan ACCA

Seorang pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UITM) tampil cemerlang apabila mendapat tempat pertama di Malaysia dan dunia bagi kertas Financial Management (FM) dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) sesi Jun 2021.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Facebook hari ini memaklumkan Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR) dalam peperiksaan yang sama .

“Beliau (Hannah Mumtazah) merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019, iaitu kolaborasi antara KPM, UITM dan ACCA,” katanya.

Menurut kenyataan itu Hannah Mumtazah kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, UITM Shah Alam.

- Bernama


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS