Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Chow berkata keputusan saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) beliau yang dijalankan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.

"Justeru, saya telah diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menjalani kuarantin di rumah mulai sekarang.

"Saya perlu menjalani satu lagi ujian saringan pada hari Rabu, 28 Julai ini," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS