Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
5,397,826 individu lengkapkan dua dos vaksin

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Feb lalu sehingga semalam mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.

"Sementara itu, 11,507,070 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata 417,738 dos diberikan semalam, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS