Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah eksekutif PHEB cedera diserang dengan parang
Diterbitkan:  Jul 24, 2021 5:41 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Pengarah eksekutif Penang Hindu Endowment Board (PHEB) cedera dalam serangan menggunakan parang di luar kediamannya malam tadi.

Menurut Pengerusi PHEB, P Ramasamy, kira-kira tiga hingga empat penyerang yang tidak diketahui telah menyerang M Ramachandran ketika dia keluar dari keretanya.

Ramasamy mengatakan Ramachandran mengalami luka di seluruh badannya.

Dia kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

FMT memetik Ketua Polis Daerah Seberang Perai Shafee Abd Samad sebagai berkata bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana secara sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Ramasamy, yang juga timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, mengecam serangan itu sebagai serangan ke atas kerajaan negeri itu.

"Serangan terhadap Ramachandran adalah serangan terhadap kerajaan Pulau Pinang, PHEB dan saya sebagai pengerusi PHEB.

"Saya memberi jaminan kepada masyarakat India Pulau Pinang bahawa saya sebagai wakil kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat dengan teliti dalam usaha menangkap pengecut di sebalik serangan itu," katanya dalam catatan Facebook hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS