Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga talian tambahan untuk permohonan bakul makanan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan tiga talian tambahan untuk memudahkan permohonan Bakul Prihatin Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Menterinya Rina Mohd Harun dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif itu berikutan pertanyaan dan permohonan yang sangat tinggi yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak permohonan dibuka.

Tiga talian tambahan itu ialah 03-8323 2176, 03-8323 2177 dan 03-8323 2178.

Selain penyediaan tiga talian itu, kementerian itu turut menyediakan medium permohonan alternatif melalui penggunaan Google Form di talian 017-729702.

“Kedua-dua saluran permohonan ini akan mula beroperasi jam 12 tengah hari ini.

“Pemohon juga masih boleh terus mengemukakan permohonan menerusi saluran sedia ada seperti menghubungi Bilik Gerakan JKM di 108 buah daerah di seluruh negara, Talian Kasih 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999 serta melalui media sosial rasmi kementerian,” katanya.

Sejak permohonan dibuka semalam, seramai 1,355 penerima Bakul Prihatin Negara telah disantuni dengan memanfaatkan 4,467 anggota keluarga di beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kelantan, Kedah, Perak dan Johor.

Semalam, seramai 3487 orang telah berdaftar sebagai Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM yang bertanggungjawab dalam melaksanaan penyampaian bantuan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS