Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Individu rentas negeri tak dibenarkan solat Aidiladha di Perlis

Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari, tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis, Selasa ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah larangan itu turut membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka, melainkan ahli keluarga dan individu berkenaan telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin COVID-19.

“Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Pengerusi MAIPS, berkata bagi kariah Kota Raja Arau, solat sunat Aidiladha akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau pada 8 pagi untuk sesi pertama, manakala sesi kedua pada 9 pagi di pekarangan Masjid Negeri Arau sekiranya berlaku limpahan jemaah.

“Jika cuaca tidak mengizinkan, maka satu sesi solat sahaja akan didirikan di masjid-masjid berdasarkan kapasiti maksimum dengan penjagaan SOP ketat pada 8.30 pagi,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600 kepada amil kariah Masjid Kampung Binjal di sini, semalam, untuk diagihkan kepada 29 asnaf kariah tersebut, demikian menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS