mk-logo
Berita
Covid-19: Tanah perkuburan Islam WP mencukupi - Zulkifli
Diterbitkan:  Jul 17, 2021 6:41 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan masih mencukupi bagi menampung pengebumian termasuk jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau bagaimanapun berkata perbincangan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan akan diadakan bagi melihat secara serius keperluan penambahan tanah perkuburan umat Islam di Wilayah Persekutuan, yang ketika ini amat terhad berbanding di negeri lain.

“Saya telah laporkan perkara ini kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ia perlu dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada golongan memerlukan di Seremban hari ini.

YWM memperuntukan sumbangan pek barangan makanan keperluan di bawah Program Dana Perlu berjumlah RM11,250 yang memanfaatkan 225 penerima terdiri daripada pemandu teksi, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan individu terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS