Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod 138 kematian - 12,528 kes baru
Diterbitkan:  Jul 17, 2021 3:43 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Kes harian Covid-19 terus mencatatkan lima angka dengan 12,528 jangkitan baru dilaporkan setakat tengah hari ini.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,985 diikuti Kuala Lumpur (1,740) dan Negeri Sembilan (1,280).

Sementara itu, Kedah dilihat mencatatkan peningkatan ketara apabila sebanyak 701 kes baru dilaporkan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencecah 119,814 kes.

Sementara itu, sebanyak 138 kes kematian dilaporkan, tertinggi sejak Covid-19 melanda negara.

Seramai, 908 pesakit mendapat rawatan di ICU dan 425 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh baru: 6,629 kes
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 779,171 kes (86.01%)
  • Jumlah kes baru Covid-19: 12,528 kes
  • Jumlah kumulatif: 905,851 kes
  • Jumlah kes aktif: 119,814 kes
  • Kes tempatan: 12,509 kes (9,848 WN, 2,661 BWN)
  • Kes import: 19 kes (13 WN, 6 BWN)
  • Jumlah kematian baru: 138 kes (128 WN, 10 BWN)
  • Jumlah kumulatif kematian: 6,866 kes (0.76 %)
  • Jumlah kes di ICU: 908 kes
  • Pesakit Covid-19 Intubated: 425 kes

Bilangan kes mengikut negeri:

  • Selangor - 4,985 
  • Kuala Lumpur - 1,740 
  • Negeri Sembilan - 1,280
  • Kedah - 701 
  • Sabah - 647 
  • Johor - 625 
  • Melaka - 569
  • Perak - 428
  • Pulau Pinang - 396
  • Sarawak - 388 
  • Pahang - 317
  • Kelantan - 211 
  • Terengganu - 177 
  • Putrajaya -41 
  • Labuan - 22 
  • Perlis -1


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS