Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Semua PPV diarah terima imigran ada janji temu sah

Semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara diarah untuk menerima pekerja migram yang mempunyai pengesahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera, kata Khairy Jamaluddin.

Menurut menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu arahan tersebut dikeluarkan berikutan aduan diterima yang mendakwa pekerja warga asing diarah pulang dari PPV tertentu walaupun mereka sudah mendapat pengesahan janji temu.

"Kerajaan menerima aduan mengenai pekerja migran. Kami sudah mengarahkan semua PPV, kalau warga asing terbabit sudah mendapat janji temu mereka akan divaksin," katanya pada sesi sidang media secara dalam dalam bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini.

Khairy yang juga menteri sains, tekonologi dan inovasi juga mengesahkan pekerja warga asing yang memiliki janji temu yang disahkan tidak perlu divaksin melalui Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) yang dikenalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Mereka tidak perlu divaksin di bawah Pikas.

"Kami menerima beberapa aduan dan sudah memberikan arahan yang jelas kepada PPV agar mereka terus memvaksin pekerja migran terbabit," katanya.

Ditanya mengenai jaminan keselamatan terhadap pendatang asing tanpa izin agar tampil untuk divaksin, Khairy berkata Kementerian Dalam Negeri akan membentangkan kertas kabinet "yang lama tertunda" minggu depan.

Selepas itu katanya keputusan akan dibuat mengenai rangka kerja untuk vaksinasi golongan terbabit serta komuniti pelarian.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS