Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petugas kesihatan divaksin penuh positif Covid-19 tak merosot ke Kategori 5

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, tiada seorangpun daripada 3,106 petugas perubatan yang menerima vaksin sepenuhnya dan kemudian dijangkiti Covid-19 telah merosot ke tahap Kategori 5, yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebilangan besar kes, iaitu sebanyak 99.8 peratus, adalah sama ada tidak simptomatik (32.6 peratus) atau hanya mengalami gejala ringan (67.2 peratus).

Hanya 0.09 peratus merosot ke Kategori 3 (gejala yang lebih serius), dengan 0.09 peratus lagi menjadi pesakit Kategori 4 (memerlukan sokongan oksigen).

"Ini menunjukkan dengan vaksinasi, kami mengurangkan tahap (sakit) yang teruk atau (mengurangkan jumlah) pesakit kategori 2, 3 dan 5. (Kami dapat kurangkan bilangan pesakit) yang dimasukkan ke hospital yang akan menyebabkan kesesakan di hospital-hospital.

"Jadi dengan ini, jika kita percepatkan vaksinasi, maknanya malahan sekiranya kita dijangkiti, kita hanya perlu diasingkan di rumah, tidak perlu ke hospital yang hanya akan menyebabkan kesesakan.

"Kemudian kita dapat merawat (wabak) ini seperti selesema biasa, di mana jika kita mendapatnya, kita hanya duduk di rumah. Itulah cara bagaimana kita dapat belajar hidup dengan virus ini pada masa depan,” kata Noor Hisham melalui sidang media yang diadakan di Putrajaya dan disiarkan secara langsung hari ini.

Daripada 3,106 kakitangan perubatan yang diberi vaksin sepenuhnya, mereka yang kemudian dijangkiti Covid-19 hanya 1.26 peratus, katanya lagi.

Vaksin sepenuhnya merujuk kepada seseorang yang telah menerima jumlah dos vaksin yang diperlukan dan sudah menghabiskan tempoh 14 hari sejak mereka menerima suntikan vaksin terakhir.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS