Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jamuan durian: Kertas siasatan diserah pada AGC
Diterbitkan:  Jul 14, 2021 5:10 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Kertas siasatan berkaitan jamuan durian melibatkan timbalan speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon yang dikatakan melanggar standard operasi piawai (SOP) Covid-19 diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media secara maya hari ini.

"Kertas siasatan pesta durian telah pun dipanjangkan kepada AGC.

"Jadi, kita tunggu keputusan daripada AGC," katanya.

Ayob Khan Mydin Pitchay

Polis memanggil 15 individu termasuk Rashid Hasnon bagi membantu siasatan berhubung klip video yang menunjukkan sekumpulan individu tidak mematuhi SOP dalam tempoh PKP di sebuah kebun durian, di Batu Pahat, pada 3 Julai.

Ketika video kenduri durian pertama kali tular di media sosial, ahli politik Bersatu itu pada mulanya menafikan melanggar peraturan PKP dan mendakwa kenduri itu berlaku sebelum PKP 1.0.

Bagaimanapun, penafian Rashid mencetuskan kemarahan netizen sehingga mula membuat siasatan terperinci rakaman video berkenaan dan Rashid akhirnya mengakui kesalahannya dan meminta maaf atasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS