Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah vaksinasi harian lebih 400,000 selama dua hari berturut-turut

Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 400,000 selama dua hari berturut-turut dengan 424,541 dos suntikan diberikan semalam.

Pada Isnin, jumlah vaksinasi harian adalah sebanyak 421,479 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata daripada jumlah vaksinasi semalam, sebanyak 260,286 adalah dos pertama manakala 164,255 adalah dos kedua.

Beliau berkata Sarawak menjadi negeri tertinggi bagi pemberian vaksin dos kedua dengan 52,551 dos diikuti Selangor (25,696), Kuala Lumpur (23,707), Sabah (9,864), Pulau Pinang (7,195), Pahang (7,038).

Dalam pada itu, Dr Adham berkata jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 di negara ini sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lepas adalah sebanyak 12,212,730 dos.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS