Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Varian Delta punca peningkatan besar Covid-19 di Lembah Kelang
Diterbitkan:  Jul 13, 2021 7:53 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes baru Covid-19 di Lembah Kelang berlaku dengan tersebarnya varin Delta.

Katanya sistem kesihatan awam juga kini sesak kerana setiap pesakit yang serius, mereka secara purata berada di hospital selama dua hingga tiga minggu.

Ketika kerajaan berusaha mencari sumber untuk menyelamatkan Lembah Klang, kata Noor Hisham, satu-satunya cara untuk menurunkan kes ialah dengan melakukan lebih banyak ujian dan mengasingkan kes positif berisiko rendah.

Selain itu, menurutnya, langkah yang perlu dilaksanakan ialah mencapai kadar vaksinasi 40 peratus secepat mungkin.

"Kita melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ketat pada 1 Jun dan dalam temoh 10 hari berjaya meratakan kes daripada 9,020 kes kepada 5,000 dan 4,000 kes dan semakin turun.

"Tapi sekarang ia meningkat semula. Salah satu faktor peningkatan itu ialah disebabkan oleh varian Covid-19.

"Dan kita dimaklumkan varian yang dominan sekarang ialah varian Delta [...] varian ini merebak dengan cepat sekali," katanya pada sidang media hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Dr Adham Baba serta beberapa pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia itu dihadkan kepada media terpilih saja.

Varian Delta diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan (RT) antara lima dan lapan. Ia bermaksud bagi setiap 100 orang yang dijangkiti, mereka mampu menjangkiti 800 orang yang lain.

Kata Noor Hisham ada keperluan untuk pihak berkuasa meningkatkan ujian saringan bagi mengesan dan mengasingkan kes dalam komuniti, dan mencadangkan penggunaan pengesanan melalui air liur yang boleh dilakukan di rumah.

"Kira-kira 80 peratus daripada kes positif kita adalah dalam kategori satu (tanpa gejala) atau kategori dua (gejala ringan).

"Kalau kita boleh asingkan mereka, kita akan dapat mengurangkan jangkitan komuniti," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS