Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 11,000 kes baru hari ini
Diterbitkan:  Jul 13, 2021 3:52 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Lebih 11,000 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini.

Angka ini yang tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia dan pertama kali mencecah lima angka.

Antara semua negeri, Selangor masih mencatatkan angka paling tinggi dengan 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,521 kes.

Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baru hari ini.

Kecuali Sabah, Perlis, Melaka dan Perak, kebanyakan negeri mencatat lebih banyak kes berbanding purata minggu lepas.

Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan atau R-naught berada pada tahap 1.14.

Angka ini, jika lebih 1.0 bermaksud penyebaran Covid-19 semakin cepat.

Empat negeri, bagaimanapun, mencatatkan nilai kebolehjangkitan lebih rendah dari 1.0, iaitu, Kelantan, Labuan, Perak, Sarawak dan Perlis.

Pecahan negeri:

Selangor : 5,263 kes
KL : 1,521 kes
Johor : 406 kes
Sabah : 239 kes
Sarawak : 472 kes
Negeri Sembilan : 1,033 kes
Pulau Pinang : 234 kes
Kelantan : 211 kes
Perak : 329 kes
Kedah : 497 kes
Melaka : 323 kes
Pahang : 321 kes
Terengganu : 93 kes
Labuan : 60 kes
Putrajaya : 77 kes
Perlis : 0 kes


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS