Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas cedera akibat diseret seekor lembu dalam kejadian di Kampung Rahmat, Tanah Merah di Kelantan kira-kira jam 6.40 petang, semalam.

Ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, 29, pergi ke kawasan rumput untuk membawa pulang lembu peliharaannya ke rumah.

Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Ahmad Arifin berkata, kejadian berlaku ketika ayah mangsa membuka ikatan tali lembu dan secara tiba-tiba tali tersebut terbelit pada kaki mangsa.

"Pengadu (bapa mangsa) kemudiannya cuba melepaskan belitan tali menyebabkan lembu tersebut terkejut dan melarikan diri dalam keadaan mengheret mangsa kira-kira sejauh 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat diseret.

"Hasil post-morterm mengesahkan punca kematian akibat pendarahan dalaman (intracranial bleeding).

"Siasatan lanjut pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini, manakala kes diklafikasikan sebagai mati mengejut," jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS