Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pusat vaksinasi di Shah Alam tutup lepas kakitangan positif Covid-19
Diterbitkan:  Jul 13, 2021 8:35 AM
Dikemaskini: 6:43 AM
  • Ralat: Gambar dalam laporan ini ditukar. Malaysiakini sebelum ini tersilap menggunakan gambar di PPV Bukit Jalil. Harap maklum. 

Pusat vaksinasi (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari, hari ini (13 Jun).

Ini berlaku setelah kes Covid-19 dikesan di kalangan kakitangan yang bekerja di PPV itu.

Hasil ujian Covid-19 kakitangan itu diperoleh malam tadi, dan pusat tersebut akan ditutup untuk memudahkan pembersihan.

Badan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) juga telah menasihati semua orang yang mendapat vaksin di IDCC antara 29 Jun dan 12 Julai untuk melakukan penilaian sendiri, dan membuat ujian jika mereka mengalami gejala Covid-19.

Semua janji temu untuk hari ini akan dijadualkan semula ke hari lain secepat mungkin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS