Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita Britain didakwa bunuh wanita kelahiran M'sia
Diterbitkan:  Jul 11, 2021 3:52 PM
Dikemaskini: 11:08 AM

GLOBAL | Wanita Britain, Jemma Mitchell, 36 didakwa atas tuduhan membunuh seorang wanita kelahiran Malaysia yang ditemui mati kira-kira 200 batu dari Devon, England.

BBC melaporkan Mitchell dari Brondesbury Park, Brent dihadapkan di Mahkamah Majistret Willesden pada Sabtu dan mahkamah jenayah pada Selasa atas tuduhan membunuh wanita kelahiran Malaysia, Chong Mee Kuen.

Mayat Chong ditemui di kawasan hutan di Salcombe setelah dia dilaporkan hilang pada 11 Jun lalu.

Bedah siasat belum dapat mengenal pasti punca kematiannya, kata polis.

Chong yang berusia 67 tahun, juga dikenali sebagai Deborah dan berasal dari Malaysia, tinggal di Wembley selama lebih 30 tahun.

Kematiannya pada awalnya dianggap 'tidak dapat dijelaskan' oleh pihak polis.

Namun, pada 6 Julai, siasatan lanjut oleh pihak polis mendorong siasatan pembunuhan dimulakan pihak berkuasa.

Pencarian oleh pihak polis dijangka berterusan dalam beberapa hari mendatang. Media melaporkan keluarga Chong telah dimaklumkan mengenai perkembangan kes itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS