Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan Kelantan ikrar kerjasama penuh bantu siasatan SPRM isu AKSB
Diterbitkan:  Jul 10, 2021 5:18 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Kerajaan Kelantan berikrar memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara tahun 2015 dan 2019.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata, pihaknya mengambil perhatian sepenuhnya dalam kes berprofil tinggi yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Kerajaan akan memberi sokongan serta kerjasama melalui AKSB kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.

“Dalam pada itu, prinsip ‘tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah’ perlulah sentiasa dipegang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019. 

Penahanan itu dilakukan selepas SPRM menerima maklumat daripada orang awam, dan SPRM telah mendapat perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap ketiga-tiga mereka. 

Sementara itu, Ahmad menegaskan, semua pihak haruslah memberi kepercayaan penuh kepada SPRM ketika siasatan sedang dijalankan.

“Semua pihak hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada siasatan yang sedang dibuat oleh SPRM dan tidak mendahului SPRM dalam hal ini,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS