Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO ulangi gesaan gubal Akta Mahkamah Koroner
Diterbitkan:  Jul 10, 2021 5:07 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Kumpulan hak asasi bagi Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) mengulangi gesaan terhadap kerajaan agar menggubal Akta Mahkamah Koroner bagi menangani kematian dalam tahanan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Edict mengatakan bahawa akta itu akan memastikan siasatan yang lebih lancar dan lebih cekap berhubung kematian dalam tahanan.

Edict menimbulkan kebimbangan terhadap dua kematian dalam tahanan yang berlaku dalam tempoh dua minggu baru-baru ini.

Kumpulan hak asasi itu juga mendesak kerajaan untuk mengadakan inkues bagi kes-kes berkenaan.

"Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun di ibu pejabat polis daerah Kuala Selangor sementara kematian kedua melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun di penjara Kajang pada 21 Jun.

"Edicts sangat prihatin terhadap perkembangan itu kerana kematian dalam tahanan masih sering berlaku walaupun mendapat kritikan hebat daripada orang ramai," kata Edict.

Dalam kedua-dua kes tersebut, suspek didakwa dan dituduh membunuh.

Roopan Karnagaran, seorang tahanan di Penjara Kajang dilaporkan meninggal dunia pada 21 Jun, lapan hari sebelum mahkamah seharusnya mendengar rayuannya atas tuduhan membunuh.

Kes kedua melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun yang didakwa menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang merupakan anak saudaranya semasa pertengkaran di kalangan ahli keluarga, tetapi telah cedera semasa kejadian yang berlaku di Jeram.

Dia meninggal dunia pada 4 Julai ketika menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang.

Edict turut menggesa kerajaan menyegerakan pendekatan yang mahu diambil dalam menyelesaikan kematian dalam tahanan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS