Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketepi politik, tumpu isu kebajikan rakyat di parlimen - Wan Fayhsal

Persidangan khas Parlimen yang dijadual mulai 26 Julai ini harus memberi tumpuan penuh kepada urusan berkaitan kebajikan rakyat dan bukannya hal politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebarang tindakan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya akan mengundang kepada Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, ketika negara sedang berdepan dengan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Kita semua tahu, kita perlukan PRU, tetapi bukan sekarang...Armada seru semua Ahli Parlimen bersabar, bagilah Pelan Pemulihan Negara (PPN) diselesaikan…Tolonglah kita selesaikan masalah Covid-19 dahulu…kesian pada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan ditemui pemberita hari ini, selepas melawat pemain drum kumpulan Caliph Buskers yang terjejas pendapatan sejak Januari 2020, susulan penularan Covid-19 di negara ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai manakala sidang Dewan Negara diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS