Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Kadar kebolehjangkitan kini tertinggi sejak 'lockdown'
Diterbitkan:  Jul 10, 2021 8:52 AM
Dikemaskini: 1:02 AM

Kadar kebolehjangkitan Covid-19, atau R-naught, bagi seluruh negara kini lebih tinggi berbanding kadar sebelum penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh pada 1 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam memaklumkan, kadar R-naught setakat semalam adalah 1.11. Ia merupakan kadar tertinggi sejak 31 Mei apabila R-naught pada kadar 1.12.

Kadar tersebut meningkat melebihi 1.00 sejak 29 Jun dan terus naik.

Ia perlu diturunkan di bawah 1.00 bagi mengelakkan peningkatan pesat kes baru Covid-19.

Setakat semalam, negeri dan wilayah persekutuan dengan kadar kebolehjangkitan tertinggi adalah Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Selangor (1.16) dan Kuala Lumpur (1.16).

Negeri lain dengan R-naught lebih 1.00 adalah Pahang (1.11), Sabah (1.10), Terengganu (1.08), Melaka (1.05) dan Negeri Sembilan (1.04).

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia kian memburuk walaupun dengan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh dengan beberapa indikator mencatatkan angka tertinggi semalam.

Ia termasuk bilangan kes baru dengan 9,180 kes, bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (959) dan bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan (465).

Bilangan kes aktif juga meningkat kepada 80,000 semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS