Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pecah rekod 9,180 kes baru - 77 lagi kematian
Diterbitkan:  Jul 9, 2021 3:39 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Sebanyak 9,180 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jangkitan keseluruhan 817,838 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia jangkitan harian tertinggi setakat ini. Rekod terdahulu dicatat pada 29 Mei lalu dengan 9,020 kes harian.

Lembah Klang terus merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan Selangor (4,400 kes) dan Kuala Lumpur (1,271 kes).

Sementara itu, 77 lagi kes kematian direkod hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 seramai 5,980 orang.

Seramai 959 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 465 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas Covid-19:

  • Jumlah kes sembuh baru: 5,713 kes
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 731,193 kes (89.41 peratus)
  • Jumlah kes baru Covid-19: 9,180 kes
  • Jumlah kumulatif: 817,838 kes
  • Jumlah kes aktif: 80,665 kes
  • Kes tempatan: 9,173 kes (7,122 WN, 2,051 BWN)
  • Kes import: 7 kes (2 WN, 5 BWN)
  • Jumlah kematian baru: 77 kes (73 WN, 4 BWN)
  • Jumlah kumulatif kematian: 5,980 kes (0.73 peratus)
  • Jumlah kes di ICU: 959 kes
  • Pesakit Covid-19 Intubated: 465 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 4,400 (277,393)
  • WPKL - 1,271 (86,313)
  • Johor - 315 (74,037)
  • Sabah - 323 (71,791)
  • Sarawak - 406 (68,247)
  • Negeri Sembilan - 899 (51,213)
  • Pulau Pinang - 142 (36,196)
  • Kelantan - 151 (35,902)
  • Perak - 241 (28,758)
  • Kedah - 417 (27,838)
  • Melaka - 222 (20,762)
  • Pahang - 214 (15,601)
  • Terengganu - 82 (11,671)
  • WP Labuan - 80 (9,002)
  • WP Putrajaya - 16 (2,511)
  • Perlis - 1 (603)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS