Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod tertinggi 135 kematian, 8,868 kes baru
Diterbitkan:  Jul 8, 2021 3:06 PM
Dikemaskini: 1:45 PM

Situasi wabak Covid-19 negara terus membimbangkan di tengah-tengah krisis politik selepas Umno menggesa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 8,868 kes baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari ini, yang merupakan angka kedua tertinggi sejak 29 Mei lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 808,658 kes.

KKM juga memaklumkan sebanyak 135 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini meningkat kepada 5,903 orang.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga terus bertambah kepada 952 orang.

Sementara itu, Selangor hari ini melaporkan 4,152 jangkitan baru, kali pertama negeri ini merekodkan jangkitan melepasi angka 4,000 kes.

Kes harian tertinggi di Selangor sebelum ini pada 30 Januari lalu dengan 3,285 kes.

KKM juga mengenal pasti 29 kluster, dengan kluster aktif kini adalah sebanyak 885. 

Daripada jumlah itu, 19 merupakan kluster tempat kerja, diikuti kluster komuniti (8), kluster kumpulan berisiko tinggi (1) dan kluster pendidikan tinggi (1).

Jumlah kes pulih pula adalah lebih rendah berbanding kes baru iaitu sebanyak 5,802 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 4,152 (272,993)
  • WPKL - 1,133 (85,042)
  • Johor - 336 (73,722)
  • Sabah - 279 (71,468)
  • Sarawak - 281 (67,841)
  • Negeri Sembilan - 897 (50,314)
  • Pulau Pinang - 237 (36,054)
  • Kelantan - 135 (35,751)
  • Perak - 543 (28,517)
  • Kedah - 360 (27,421)
  • Melaka - 183 (20,540)
  • Pahang - 152 (15,387)
  • Terengganu - 68 (11,589)
  • WP Labuan - 64 (8,922)
  • WP Putrajaya - 47 (2,495)
  • Perlis - 1 (602)

 


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS