Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,045 kes baru, kes naik di Perak menjelang Fasa 2
Diterbitkan:  Jul 4, 2021 4:46 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,045 kes Covid-19 baru.

Perak menyaksikan peningkatan jangkitan baru dengan 384 kes baru. Purata tujuh hari adalah 220.

Purata tujuh hari untuk Perak mesti berada di bawah 307 kes untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, yang akan menyaksikan beberapa pengurangan sekatan.

Perak, bersama dengan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis akan beralih ke Fasa 2 esok.

Semua negeri lain dan Wilayah Persekutuan masih kekal berada di bawah Fasa Satu.

Sementara itu, sebanyak 63 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 25 kes di Selangor, 15 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tiga kes di Johor dan Kedah, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Sarawak Terengganu dan Melaka.

Status terkini kes Covid-19 setakat 12 tengah hari ini:

  • Kes sembuh : 5,271 kes (705,486 kes kumulatif, 90.6%);
  • Kes baru : 6,045 kes (778,652 kes kumulatif);
  • Kes import : 20 kes (13 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,025 kes [4,647 warganegara (77.1%); 1,378 bukan warganegara (22.9%)];
  • Kes aktif : 67,669 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 917 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 443 kes;
  • Kes kematian : 63 kes (5,497 kes kumulatif, 0.71%; 54 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,918 kluster;Jumlah kluster baru : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,049 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 869 kluster.

Kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (2,262)
  • Kuala Lumpur (616)
  • Negeri Sembilan (531)
  • Johor (500)
  • Perak (384)
  • Sarawak (365)
  • Kedah (332)
  • Melaka (290)
  • Sabah (228)
  • Pulau Pinang (173)
  • Kelantan (124)
  • Pahang (95)
  • Labuan (75)
  • Terengganu (54)
  • Putrajaya (16)
  • Perlis (0)

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS