Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin masih dirawat, dijangka keluar beberapa hari lagi
Diterbitkan:  Jul 4, 2021 1:45 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih dirawat di hospital, kata pejabatnya yang mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan terkini presiden Bersatu itu.

Pun begitu, katanya, Muhyiddin dalam keadaan stabil dan hasil pemeriksaan kesihatan yang rapi mendapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lamanya berulang.

"Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

"Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan," kata kenyataan itu.

Anggota Parlimen Pagoh itu dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu setelah mengalami cirit-birit sejak sehari sebelumnya. 

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

"Perdana menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau," kata kenyataan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS