Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi kumpulan tampil bantu rakyat terjejas
Diterbitkan:  Jul 4, 2021 11:51 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

Tiga organisasi belia melancarkan kutipan dana untuk 'Projek Rakyat Kenyang' bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) di kebanyakan kawasan di Selangor dan kawasan tertentu di Kuala Lumpur.

Kumpulan - StandUp Malaysia, ARUS Anak Muda dan YPOLITIK - mengatakan inisiatif kutipan dana mereka yang dilancarkan pada 2 Julai bertujuan mengumpulkan RM15,000 dalam sembilan hari untuk membeli bakul makanan untuk diedarkan di kalangan mereka yang memerlukan.

Mereka mengatakan bahawa pemohon perlu mengemukakan butiran permohanan mereka dan seorang anggota sekretariat akan memberi respons untuk pengesahan dan pengedaran.

"Kami yakin bahawa rakyat Malaysia sendiri dapat melihat bahawa semakin ramai yang kelaparan, semakin ramai yang putus harapan dan semakin ramai yang memerlukan bantuan.

"Oleh yang demikian, tiga organisasi anak muda yang terdiri daripada StandUp Malaysia, ARUS Anak Muda dan YPOLITICS telah terpanggil untuk berkolaborasi dan memulakan gerak kerja membantu masyarakat yang terkesan," kata mereka.

Pada 28 Jun, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa program bakul makanan yang sedang berlangsung akan diperluas untuk merangkumi semua ahli parlimen pembangkang, yang masing-masing akan diperuntukkan RM300,000 untuk menyediakan bakul makanan untuk kawasan mereka.

Beberapa ahli Parlimen Harapan (PH) turut terlibat termasuk Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, bagaimanapun, mempersoalkan senarai barang yang disediakan oleh kerajaan.

Mereka juga berkata bahawa ahli parlimen harus diberi lebih banyak kelonggaran untuk memilih tawaran terbaik untuk penerima.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS