Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Covid-19 meningkat di Sabah, kebanyakan dari penjara

Sebanyak 322 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini, peningkatan 92 kes berbanding 230 kes semalam dengan 38.2 peratus daripadanya berpunca daripada dua kluster jangkitan di penjara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata ia melibatkan Kluster Tembok Tawau di Penjara Tawau yang mencatatkan 97 kes positif baharu manakala Kluster Tembok Kota Kinabalu di Penjara Kepayan di sini merekodkan 26 kes.

“Hampir semua (kes positif dikesan) merupakan tahanan atau banduan yang sedang menjalani hukuman," katanya menerusi satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata secara kumulatif, Sabah merekodkan sebanyak 70,229 kes COVID-19 hingga hari ini manakala pesakit sembuh pula seramai 148 orang, menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu 67,757 orang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS