Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan AS: Majikan M'sia 'terlepas' daripada dakwaan pemerdagangan manusia

Ada sebahagian majikan yang dituduh atas kesalahan pemerdagangan manusia tetapi disiasat dan didakwa di bawah undang-undang buruh dan imigresen Malaysia, menurut laporan Traficking in Persons (TIP) 2021 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Malaysia jatuh ke tahap Tier 3 iaitu status tercorot yang membawa risiko sekatan dari segi bantuan AS, selepas tiga tahun berada dalam senarai pantauan Tier 2.

Antara sektor yang menjadi perhatian adalah pembuatan barangan getah dan perladangan kelapa sawit. Produk kedua-dua sektor ini disenarai hitam oleh Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) kerana disyaki memiliki unsur buruh paksa.

Laporan tahun ini meliputi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac lalu.

"Kerajaan (Malaysia) ada kala mengendalikan kes buruh paksa sebagai pencabulan undang-undang buruh yang berbeza bukannya kes jenayah pemerdagangan manusia, atau gagal menyiasatnya sama sekali," menurut laporan yang diterbitkan semalam.

Laporan itu antara lain menyebut kerajaan menyabitkan 26 individu yang memegang pasport pekerja di bawah Akta Pasport 1966, tetapi tiada maklumat berkenaan apa-apa hukuman terhadap mereka.

Ia juga berkata kerajaan tidak mendakwa atau menyabitkan individu atas kemungkinan jenayah pemerdagangan manusia.

Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) memulakan 57 siasatan terhadap manjukan dalam sektor pembuatan barangan getah untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang tempat tinggal pekerja, tetapi ia tidak menyiasat dakwaan itu sebagai kemungkinan jenayah pemerdagangan manusia.

Pad Julai tahun lalu, aktivis kesatuan sekerja membidas kenyataan Menteri Sumber Manusia M Saravanan bahawa JKT tidak mendapati ada unsur buruh paksa dalam siasatan terhadap Top Glove, syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia.

Ketika itu, Pengerusi Labour Law Reform Coalition (LLRC) N Gopalkishnam menegaskan tempat tinggal pekerja yang sesak - seperti yang didahkan Channel 4 UK - adalah tanda kepada buruh paksa.

Laporan TIP memetik sejumlah dakwaan yang difailkan terhadap sekurang-kurangnya dua syarikat sarung tangan getah utama di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 226) atas keadaan tempat tinggal pekerja asing yang teruk.

"Bagaimanapun, kerajaan tidak melaporkan ada menyiasat atau mendakwa syarikat ini atas jenayah pemerdagangan manusia, di sebalik bukti berwibawa berkaitan pemaksaan berdasarkan hutang," katanya.

Selain sektor barangan getah, laporan itu juga menyatakan kerajaan Malaysia tidak memulakan siasatan terhadap dua syarikat dalam sektor kelapa sawit atas tuduhan pemerdagangan manusia.

Pemangku Pengarah Pejabat untuk Memantau dan Membanteras Pemerdagangan Manusia Jabatan Negara AS, Kari Johnstone dalam taklimat bersama media di Washington hari ini, berkata unsur buruh paksa didapati dalam sektor termasuk kelapa sawit dan agrikultur, pembinaan serta pembuatan.

Kebimbangan lain yang dibangkitkan termasuk beban tidak wajar terhadap mangsa yang dikenal pasti sebagai calon saksi untuk satu jenayah pemerdagangan manusia, yang memberi kesan terhadap kejayaan pendakwaan.

Secara keseluruhan, laporan itu berkata pihak berkuasa Malaysia sejak April 2020 sehingga Mac tahun ini telah melakukan 118 siasatan pemerdagangan manusia dan merujuk 52 dakwaan pemerdagangan seks dan 57 dakwaan pemerdagangan buruh kepada peguam negara untuk didakwa.

Daripada angka itu, laporan itu berkata 79 kes diteruskan dengan pendakwaan dengan 25 daripadanya disabit bersalah.

Jumlah itu lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh pelaporan sebelumnya, dengan 277 siasatan ( 80 daripadanya melibatkan buruh paksa), 20 pendakwaan dan 20 sabitan bersalah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS