Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,982 kes baru, lebih separuh di Lembah Klang
Diterbitkan:  Jul 2, 2021 2:51 PM
Dikemaskini: 1:45 PM

Setakat tengah hari ini, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 6,982 kes (jumlah keseluruhan 765,949 kes), maklum Kementerian Kesihatan.

Jumlah kes aktif terus meningkat di sebalik "sekatan pergerakan penuh" sejak 1 Jun lalu, sementara bilangan pesakit yang dimasukkan dalam unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan tidak banyak berubah sejak minggu lalu.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 6,278
  • Kes baru: 6,982
  • Kes aktif : 66,084
  • Pesakit dalam ICU: 905
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 443
  • Kematian: 73

Di Selangor, satu daripada lima kes baru dikesan hanya selepas pesakit mengadu memiliki gejala, tetapi tidak berkaitan dengan mana-mana kluster mahupun menjadi kontak rapat.

Sebanyak 21 kes baru di negeri itu dilaporkan hanya selepas pesakit disahkan mengalami jangkitan pernafasan akut teruk (Sari).

Kadar R-naught bagi Malaysia meningkat kepada 1.06 - meneruskan trend peningkatan sejak enam hari lalu. Kadar melebihi 1.00 menandakan penularan yang meningkat.

Kawasan yang mencatatkan kadar R-naught kurang daripada 1.00 adalah Sabah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Labuan, Kedah, Sarawak dan Terengganu.

Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang menunjukkan penambahbaikan yang signifikan dalam pengurangan kes baru.

Kematian

Terdapat 73 kematian yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 kepada 5,327 orang.

Seramai 13 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital. Hampir separuh, iaitu enam pesakit, adalah di Selangor.

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

Sebanyak 17 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 887 kluster.

Jumlah kluster yang telah tamat setakat ini pula sebanyak 2,005 kluster.

Sebanyak sembilan kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan lima kluster komuniti dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 2,907 (254,543)
  • WPKL - 637 (79,303)
  • Johor - 517 (71,611)
  • Sabah - 230 (69,907)
  • Sarawak - 440 (65,835)
  • Negeri Sembilan - 606 (46,178)
  • Kelantan - 129 (35,048)
  • Pulau Pinang - 351 (35,020)
  • Perak - 182 (26,959)
  • Kedah - 257 (25,776)
  • Melaka - 202 (18,928)
  • Pahang - 329 (14,190)
  • Terengganu - 44 (11,295)
  • WP Labuan - 131 (8,429)
  • WP Putrajaya - 20 (2,332)
  • Perlis - 0 (595)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS