Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hampir 7,000 kes baru, 84 meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 1, 2021 3:19 PM
Dikemaskini: 1:32 PM

Kes jangkitan baru Covid-19 semakin membimbangkan dengan sebanyak 6,988 kes harian dilaporkan setakat tengah hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan menerusi media sosialnya hari ini.

Angka ini masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan untuk melepasi fasa pertama Pelan Pemulihan Negara iaitu di bawah 4,000 kes sehari.

Daripada keseluruhan kes terbaru hari ini, Selangor terus merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988) dan Negeri Sembilan (692).

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,580
  • Kes baru: 6,988
  • Kes aktif : 65,537
  • Pesakit dalam ICU: 917
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 445
  • Kematian: 84

Setakat malam tadi, kadar R-naught bagi Malaysia meningkat kepada 1.05 berbanding 0.90 pada 12 Jun. Kadar lebih daripada 1.00 menandakan penularan yang kian meningkat.

Kawasan dengan R-naught lebih daripada 1.00 adalah Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

Terangganu menjadi satu-satunya kawasan yang menunjukkan penurunan yang signifikan, iaitu pada kadar 0.67.

Kematian

Kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan 46 pesakit di Selangor, disusuli dengan Johor (6), Kuala Lumpur (6), Negeri Sembilan (6), Sabah (5), Sarawak (4), Melaka (4), Labuan (3), Pahang (2), Putrajaya (1) dan Terengganu (1).

Kes kematian paling muda melibatkan pesakit lelaki berusia 23 tahun yang meninggal dunia di Hospital Selayang. Dia tidak mengidap sebarang penyakit lain.

Sembilan kematian berlaku sebelum pesakit dibawa ke hospital.

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

Sebanyak 21 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 887 kluster.

Jumlah kluster yang telah tamat setakat ini pula sebanyak 1,978 kluster.

Sebanyak 11 kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan sembilan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS