Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kita masih dalam Fasa 1 pelan pemulihan, jangan keliru - Ismail Sabri
Diterbitkan:  Jun 30, 2021 8:23 PM
Dikemaskini: 12:23 PM

Malaysia masih dalam Fasa 1 kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana tidak ada satu pun daripada tiga kriteria peralihan fasa yang dicapai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan fasa tidak bergantung pada tarikh tertentu tetapi kriteria yang ditetapkan sebelum ini.

"Masih ramai yang keliru dan menganggap kita telah beralih ke Fasa 2. Perlu ditegaskan bahawa kita masih berada dalam Fasa 1.

"Peralihan Fasa dalam PPN tidak bergantung kepada satu-satu tarikh. Jika kita sudah mencapai tiga nilai ambang dalam tempoh singkat, maka peralihan fasa seterusnya akan dilaksanakan secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Ismail mengingatkan semua orang untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk membolehkan ketiga-tiga indikator tersebut dicapai dalam masa terdekat.

Tiga indikator tersebut adalah purata kes Covid-19 harian menurun hingga di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan tempat tidur di unit rawatan rapi (ICU) adalah "sederhana" dan kadar vaksinasi mencapai 10 peratus.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS