Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan kerajaan supaya memberikan bantuan RM1,500 sebulan kepada kumpulan isi rumah B60 sepanjang tempoh sekatan penuh atau 'lockdown'.
Katanya kumpulan berkenaan memerlukan bantuan yang konsisten dan bukannya secara "one off" yang bersifat sementara.
Kata presiden PKR itu, bantuan kewangan dalam bentuk tunai akan tiris dengan cepat untuk membayar hutang kediaman ataupun rumah.
“Seterusnya, bantuan kewangan yang hanya dalam bentuk gimik tidak akan mempunyai kesan segera. Yang diperlukan sekarang ialah ‘cash in hand’ (wang tunai dalam tangan) yang konsisten dan mapan.
“Jumlah ‘cash in hand’ yang wajar adalah RM1,500 sebulan untuk golongan B60,” katanya dalam sidang media di Facebooknya, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan pelan pemulihan yang dibentang kerajaan sebagai tidak menyelesaikan masalah dihadapi rakyat
Mengulas mengenai pengangguran, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pekerjaan adalah satu "safety net” kepada agolongan B60 .
"Pada waktu ini jumlah warganegara yang tidak mempunyai pekerjaan dianggarkan sejumlah 800,000 orang.
"Sudah pasti jumlah ini termasuk mereka di dalamkategori B60 tersebut," katanya.