Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Langgar SOP: Polis akan panggil wakil rakyat, individu berkumpul makan durian

Polis akan memanggil wakil rakyat dan individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa satu kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan satu video yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan menurut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Pihak polis juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan seorang wakil rakyat dan sekumpulan individu berkumpul dan dipercayai memakan durian di sebuah kebun di Batu Pahat.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS