Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,437 kes baru, 107 kematian, peningkatan pesakit dalam ICU
Diterbitkan:  Jun 29, 2021 3:26 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Sebanyak 6,437 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia pada 745,703. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 11 hari, jumlah kes baru mencatatkan lebih 6,000.

Jumlah kes di Selangor yang semalam berada bawah 2,000 kes buat kali pertama dalam tempoh enam hari lalu kembali meningkat kepada 2,299 kes.

Selangor masih kekal mencatat kes harian tertinggi berbanding negeri dan wilayah lain.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur yang menyaksikan lonjakan pada 1,361 kes. Rekod tertinggi di Kuala Lumpur sebelum ini adalah 884 kes sehari.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,298
  • Kes baru: 6,437
  • Kes aktif : 62,844
  • Pesakit dalam ICU: 905
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 455
  • Kematian: 107

Bilangan kes aktif terus menunjukkan trend meningkat sejak lima hari lalu.

Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi meningkat kepada 905 orang, meningkat daripada 866 orang empat hari lalu.

Seramai 107 lagi pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Ini merupakan kali kelima angka kematian melebihi 100.

 Setakat semalam, kadar R-naught telah meningkat kepada 1.00. Sebelum ini, antara 6 hingga 27 Jun, kadar itu kurang daripada 1.00, menandakan penularan yang kian berkurang.

Di peringkat negeri, lima negeri dengan kadar lebih daripada 1.00 adalah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

Kematian

Jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 5,108 kes.

Daripada 107 kes kematian hari ini, 14 daripadanya disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

Sebanyak 27 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 887 kluster.

Sebanyak 13 kluster baru dalam kategori komuniti, diikuti dengan 12 kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS