Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia, beberapa negara
Diterbitkan:  Jun 28, 2021 10:52 AM
Dikemaskini: 2:52 AM

Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 9.30 pagi hari ini.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 181,000,826 kes Covid-19 dan 3,921,800 kematian.

Sejumlah 2,886,929,096 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

Indonesia kini mencatatkan peningkatan kes baharu dan berusaha meningkatkan program vaksinasi.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 10 pagi, 28 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

NEGARA

JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif)

KES BAHARU

KEMATIAN

(Kumulatif)

% PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN

AS 33,624,776 7,303 603,96646.62 %
INDIA 30,233,183 50,040 395,7513.99%
BRAZIL 18,420,598 64,134 513,47411.72%
PERANCIS 5,831,972 2,128 111,13027.69%
TURKI 5,409,027 5,266 49,57617.79%
UK 4,748,634 17,946 128,36448.24%
INDONESIA 2,115,304 21,095 57,1384.81%
FILIPINA 1,397,992 6,858 24,3722.08%
MALAYSIA 734,048 5,586 4,9446.15%
THAILAND 244,447 3,995 1,9123.66%
SINGAPURA 62,544 17 3636.07%
VIETNAM 15,401 788 750.16% 

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS