Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam lapor polis berhubung dakwaan gangguan seksual
Diterbitkan:  Jun 27, 2021 7:18 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Peguam Veronica Wong hari ini membuat laporan di balai polis Dang Wangi kerana mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pemimpin persatuan Cina.

Dalam laporannya yang dilihat oleh Malaysiakini, Wong berkata dia telah berulang kali menerima mesej berbaur seksual dari Yeo Kwi Seng antara 23 Mei dan 16 Jun melalui WhatsApp.

Dia mendakwa bahawa Yeo, antara lain, membuat jenaka seks dan memintanya untuk melakukan perbuatan seksual dengannya.

"Dia juga menghantar kandungan seksual kepada saya - video pornografi, emoji, teks mesej - tanpa keizinan saya. Dia mendorong saya untuk berkongsi video pornografi.

"Dia membuat komen yang menyinggung dan diskriminasi terhadap saya berhubung kehidupan seksual saya," katanya yang menggesa polis mengambil tindakan terhadap Yeo.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Yeo untuk mendapatkan maklum balas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wong berkata dia berharap tindakannya untuk tampil ke khalayak ramai akan memberi kesedaran kepada peningkatan keganasan terhadap wanita.

"Wanita tmenggunakan media sosial untuk menamakan dan memalukan pelaku dan saya adalah salah seorang mangsa yang mengambil langkah itu. Tetapi ramai yang tidak melakukannya, takut akan akibatnya daripada bersuara.

"Kerajaan harus memanggil parlimen dengan segera dan membentangkan RUU Gangguan Seksual.

“Ini adalah proses penting untuk menaikkan status wanita dan meningkatkan kesejahteraan wanita di Malaysia," tambah Wong, yang merupakan anak perempuan pemimpin veteran MCA, Wong Mook Leong.

Pada 16 Jun, Wong memuat naik tangkapan layar pesanan teks dan menyifatkan Yeo sebagai gila seks  kerana didakwa menganggunya melalui WhatsApp dan panggilan telefon.

Sementara itu, Yeo mendakwa dia diperas ugut oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menuntut RM10,000 berikutan tuduhan gangguan seksual terhadapnya.

Dia mengesahkan bahawa dia telah membuat laporan polis pada 15 Jun di balai polis Cheras.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS