Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,586 kes baru, S'gor catat lebih 2,000 kes lima hari berturut-turut
Diterbitkan:  Jun 27, 2021 3:09 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 5,586 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes aktif setakat ini adalah sebanyak 61,395 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan sebanyak 2,212 jangkitan, sekali gus mencatatkan kes harian melebihi 2,000 selama lima hari berturut-turut.

Lembah Klang merekodkan 50.94 peratus (2.844 kes) daripada kes penularan tempatan, manakala Sabah dan Sarawak merekodkan 14.08 peratus (786 kes).

KKM juga memaklumkan sebanyak 60 kematian lagi direkodkan, menjadikan angka korban akibat wabak itu kini sebanyak 4,944 orang.

Sementara itu seramai 886 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 446 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian hari ini melibatkan 20 kes di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (16),  Kelantan (6), Johor (5), Negeri Sembilan (4),  Sarawak (3), Melaka (2), Pahang  (2), Kedah (1) dan Labuan (1).

Empat kematian termuda membabitkan tiga lelaki yang berusia 20, 26 dan 28 tahun serta seorang wanita berusia 27 tahun.

Keempat-empat mereka mengalami masalah obesiti.

KKM juga memaklummkan sebanyak 17 lagi kluster baru dikesan, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif setakat ini adalah 874 kluster.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 2,212 (241,627)
  • WPKL - 628 (75,223)
  • Johor - 312 (70,011)
  • Sabah - 190 (68,767)
  • Sarawak - 513 (63,824)
  • Negeri Sembilan - 501 (42,907)
  • Kelantan - 133 (34,420)
  • Pulau Pinang - 138 (34,161)
  • Perak - 229 (25,907)
  • Kedah - 129 (24,565)
  • Melaka - 380 (17,757)
  • Pahang - 118 (13,095)
  • Terengganu - 16 (11,137)
  • WP Labuan - 83 (7,812)
  • WP Putrajaya - 4 (2,251)
  • Perlis - 0 (584)



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS