Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hati-hati borang pendaftaran vaksinasi palsu -JKJAV
Diterbitkan:  Jun 27, 2021 9:47 AM
Dikemaskini: 1:47 AM

Orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dengan penyebaran berita palsu mengenai borang pendaftaran vaksinasi Covid-19.

Kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di laman Facebook rasminya semalam meminta orang ramai agar tidak menghiraukan sebarang perkongsian mengenai borang pendaftaran vaksinasi di aplikasi WhatsApp atau mana-mana platform tidak rasmi.

“Lindungilah data peribadi anda daripada sebarang pencerobohan.

"Anda hanya perlu merujuk saluran rasmi JKJAV untuk sebarang maklumat berkaitan vaksin Covid-19,” menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS