Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwa gambar disunting, Bung kongsi sendiri gambar pegang telur
Diterbitkan:  Jun 25, 2021 9:59 PM
Dikemaskini: 2:10 PM

Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin menanggapi dakwaan makan di meja di mana juadah telur penyu disajikan dengan sindiran terhadap pengkritiknya.

Dalam catatan Facebooknya, Ahli Parlimen Kinabatangan itu menyiarkan tiga gambarnya memegang tiga biji telur.

"Ada ada lagi telor yang belum habis dimakan, saya upload (muat naik) sendiri, tidak perlu tunggu orang edit dan cuba main politik dilutut," katanya.

"Kalau kail hanya sejengkal lautan dalam jangan dicuba ya," tambahnya.

Tidak dijelaskan jenis telur yang dipegang Bung.

Kerajaan Sabah sebelum ini mengatakan akan menyiasat dakwaan yang dikemukakan oleh Naib Presiden Warisan Junz Wong yang mengecam Bung berhubung insiden itu.

 

Bercakap kepada Malaysiakini, Wong mengatakan bahawa dia diberitahu bahawa kejadian itu berlaku semasa perayaan Hari Raya baru-baru ini tetapi tidak mendedahkan bagaimana dia memperoleh gambar itu.

Menjawab Hantaran Wong itu, seorang lelaki yang mendakwa dia berada bersama Bung dalam gambar itu.

Dalam hantaran di Facebook 'Rapidcdorezo', dia menjelaskan bahawa gambar berkenaan telah disunting tanpa persetujuannya.

 

Penuaian telur penyu dibenarkan di bawah perlesenan yang ketat dan terhad di pantai timur Semenanjung tetapi ia dilarang di Sabah di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Mereka yang bersalah mengambil, menjual atau memakan telur penyu di negeri itu boleh didenda hingga RM50,000 atau dipenjara selama lima tahun atau kedua-duanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS