Menjelang tiga hari sebelum sekatan penuh Covid-19 dijadual ditamatkan, Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,812 kes Covid-19 baru.
Sekatan penuh ketika ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun dan dijadual berakhir pada hari Isnin ini.
Selama seminggu sebelum bermulanya sekatan penuh, purata tujuh hari untuk kes Covid-19 harian baru berdasarkan pada 7,680 dan 109,101 sampel ujian yang diambil.
Purata dalam tujuh hari terakhir adalah 5,350 dan 74,708 sampel ujian.
Apabila kedua-dua tempoh tersebut dibandingkan, jumlah kes turun 30.3 peratus manakala penurunan jumlah sampel yang diambil adalah 31.5 peratus.
Kes aktif: 60,117
Pesakit di ICU: 870
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 433
Bilangan kes baru mengikut negeri:
Selangor (2,187)
Kuala Lumpur (771)
Sarawak (673)
Negeri Sembilan (658)
Pulau Pinang (270)
Melaka (223)
Johor (196)
Kedah (186)
Sabah (156)
Pahang (139)
Labuan (123)
Kelantan (98)
Perak (72)
Terengganu (46)
Putrajaya (14)
Di Selangor (2,187) situasi sangat membimbangkan apabila satu daripada 5.1 kes baru hanya dikesan apabila pesakit Covid-19 melaporkan gejala tetapi tidak berkaitan dengan kluster atau kontak rapat sedia ada.
Setakat semalam, R-naught negara adalah 0.98. Angka R-naught kurang dari 1.00 menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin perlahan.
Bagaimanapu, R-naugh mula mencatatkan kenaikan dari paras rendah 0.90 pada 12 Jun.
Pada peringkat mikro, buat masa ini, satu-satunya negeri di mana R-naught lebih 1.00 adalah Negeri Sembilan (1.06). Selangor, Melaka, Labuan dan Sarawak hampir mencecah R-naught 1.00.
Kematian
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 82 kematian lagi disebabkan Covid-19. Angka kematian keseluruhan kini 4,803 orang.
Terdapat 2,007 orang yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada bulan Jun sahaja, atau 41.8 peratus daripada semua kematian Covid-19 yang dilaporkan setakat ini.
Secara purata, 80 orang mati akibat Covid-19 setiap hari atau sekitar 3.3 kematian setiap sejam.
Sebelas mangsa yang dilaporkan hari ini berusia 40 tahun ke bawah. Seramai 17 lagi mangsa dinyatakan mati ketika tiba di hospital.
Selangor (31) mempunyai jumlah kes kematian baru terbanyak diikuti oleh Kuala Lumpur (18), Johor (8), Negeri Sembilan (5), Sarawak (4), Pahang (3), Kedah (3), Labuan (3), Kelantan (2), Pulau Pinang (2), Perak (1), Sabah (1) dan Melaka (1).
Kluster
Kementerian Kesihatan kini memantau 873 kluster Covid-19 yang aktif, meningkat daripada 577 pada 25 Mei.
Kementerian Kesihatan hari ini mengklasifikasikan 21 kluster baru di mana 18 daripadanya adalah melibatkan tempat kerja.
Tapak Bina Lebuh 2
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 28 daripada 685 disaring
Tapak Bina Jalan City
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 49 daripada 510 disaring
Perindustrian Jalan Seruling 59
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Klang
Jumlah yang dijangkiti: 70 daripada 178 disaring
Industri SS Lapan Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 115 daripada 527 disaring
Industri Jalan Norton
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Kuala Langat
Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 28 disaring
Jalan Cyberia Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang dan Kuala Langat
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 29 disaring
Perindustrian Kilometer 17 Rawang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 29 disaring
Dua Depan Air Jalan Ampang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor dan Kuala Lumpur
Daerah: Hulu Langat, Gombak dan Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 39 daripada 51 disaring
Tapak Bina Jalan Utara
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Lembah Pantai dan Cheras
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 68 disaring
Tapak Bina Matahari 2
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Jumlah yang dijangkiti: 142 dari 220 disaring
Jalan Taman Ibu Kota
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 43 disaring
Jalan Raja Muda Musa
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 64 disaring
Jalan Nirwana Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 23 daripada 88 disaring
Aik Wakaf
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Bachok dan Kota Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 64 disaring
Jalan Kampung Jawa
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Timur Laut dan Barat Daya
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 824 disaring
Kailan Tringkap
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pahang dan Perak
Daerah: Tanah Tinggi Cameron dan Kinta
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 32 disaring
Dah 11 Industri Sungai Petani
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kedah
Daerah: Kuala Muda
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 149 disaring
Jalan Kidurong Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sarawak
Daerah: Bintulu dan Sebauh
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 116 disaring
Pengkalan Gelugor
Kategori: Komuniti
Negeri: Terengganu
Daerah: Kuala Nerus dan Kuala Terengganu
Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 90 disaring
Jalan Laksamana Intan
Kategori: Komuniti
Negeri: Perak
Daerah: Hilir Perak
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 64 disaring
Kilometer 23 Puncak Borneo
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Sarawak
Daerah: Kuching
Jumlah yang dijangkiti: 65 daripada 122 disaring