mk-logo
Berita
Ordinan darurat menghidupkan semula Akta Antiberita Tak Benar, kata NGO
Diterbitkan:  Jun 23, 2021 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Sebuah pertubuhan hak asasi manusia menggesa Putrajaya memansuhkan ordinan darurat berkaitan berita tidak benar yang diwartakan pada Mac lalu.

Menurut Article 19 yang berpangkalan di London itu, ordinan tersebut bukan saja menghidupkan semula Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dimansuhkan pada Okt 2019 malah kuasanya lebih luas daripada sekadar isu kesihatan awam atau pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, ordinan tersebut - yang berkuat kuasa tanpa perlu kelulusan parlimen - mengancam hak kebebasan bersuara di negara ini ketika maklumat dan penelitian oleh media dan masyarakat awam begitu penting.

"Ketika darurat kesihatan awam, keterbukaan dan ketelusan media boleh menyelamatkan nyawa.

"Dalam praktiknya, ordinan tersebut berfungsi untuk mengelakkan sebarang kritikan terhadap tindakan kerajaan menangani Covid-19.

"Ini tidak menyediakan pilihan undang-undang dan memberikan kekebalan kepada kerajaan untuk menggunakan peraturan tersebut bagi menutup sebarang pandangan yang berbeza," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS