Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan lelaki didakwa beri minuman keras pada bayi
Diterbitkan:  Jun 23, 2021 8:41 AM
Dikemaskini: 12:52 AM

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung rakaman video menunjukkan seorang bayi diberi minuman alkohol yang tular di media sosial semalam, dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, di Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 19 tahun yang merupakan bapa kepada bayi itu ditahan di Teluk Bahang pada pukul 1.30 tengah hari, selepas polis menerima laporan berhubung video berkenaan.

Beliau berkata video berdurasi 30 saat memaparkan seorang lelaki yang dilihat memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi itu menjadi tular di media sosial hari ini, mengundang kemarahan ramai anggota masyarakat.

"Berikutan itu, polis menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau bayi lelaki berusia lima bulan itu telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kamarul Rizal berkata siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan dia juga merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

Beliau berkata lelaki itu akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS