Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara
Diterbitkan:  Jun 22, 2021 12:20 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 178,688,461 kes Covid-19 dan 3,870,576 kematian.

Sejumlah 2,638,880,807 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi, dengan angka korban di AS melebihi 500,000 pada Sabtu. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 20 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

NEGARA

JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif)

KES BAHARU (setakat 21 Jun)

KEMATIAN

(Kumulatif)

% PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN (Setakat 21 Jun)

AS 33,554,027 3,892 602,08645.71 %
INDIA 29,935,221 53,449 388,1353.64%
BRAZIL 17,927,928 44,178 501,82511.48%
PERANCIS 5,819,584 1,816 110,94024.94%
TURKI 5,375,593 5,091 49,23617.37%
UK 4,656,535 9,077 128,24547.06%
INDONESIA 2,004,445 14,536 54,9564.52%
FILIPINA 1,364,239 6,944 23,749N/A
MALAYSIA 701, 019 5,293 4,6115.05%
THAILAND 221,306 3,175 1,6583.92%
SINGAPURA 62,430 16 3534.91%
VIETNAM 13,483 280 690.13%

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS