Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hisham mohon Mesir suntik vaksin kepada 8,000 penuntut Malaysia
Diterbitkan:  Jun 21, 2021 3:46 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rakan sejawatannya, Sameh Hassan Shoukry secara positif menerima permintaannya untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kira-kira 8,000 penuntut Malaysia di Mesir.

Dalam ucapannya pada sidang media bersama dengan Shoukry di Kaherah pada Ahad, Hishammuddin berkata pada dasarnya Mesir memang sudah memutuskan untuk menyuntik semua warga asing termasuk rakyat Malaysia di negara itu.

"Saya turut memaklumkan Shoukry bahawa Malaysia juga mengambil pendekatan sama dengan menawarkan suntikan kepada warga Mesir di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini.

Hishammuddin kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Mesir bermula Ahad, kunjungan pertama beliau ke negara itu sejak dilantik Menteri Luar pada Mac 2020.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS