Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kekal atau pecat? Bersih adakan simulasi pilihan raya olok-olok

Berikutan kekecewaan pengundi terhadap sebilangan wakil rakyat mereka yang melompat parti, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan pilihan raya olok-olok dengan menjadikan apa yang berlaku di Parlimen Tebrau sebagai contoh.

Pilihan raya semula secara olok-olok adalah mekanisme pilihan raya yang membolehkan pengundi membuat petisyen pilihan raya di pertengahan penggal untuk menyingkirkan atau memecat wakil rakyat dari kawasan mereka jika tidak berpuas hati dengan tindakan atau prestasi seseorang wakil rakyat itu, kata Pengerusi Bersih Thomas Fann kepada Malaysiakini menerusi temu ramah e-mel.

"Motivasi terbesar bagi Bersih 2.0 untuk mengadakan pilihan raya semula adalah Langkah Sheraton yang berlaku lebih 16 bulan yang lalu. Rampasan kuasa politik yang berlaku melalui pembelotan anggota parlimen memperlihatkan kelemahan yang sangat serius dalam undang-undang dan sistem politik yang kita ada.

"Bersih memutuskan untuk fokus bagi mengenal pasti apa saja kelemahan langsung dan tidak langsung ini dan menganjurkan reformasi mampan yang akan memperkukuhkan demokrasi berparlimen kita.

"Lompat parti berlaku kerana pada masa ini tidak ada larangan atau pencegahan bagi wakil rakyat untuk melakukan pembelotan atas alasan apa pun dan, seperti yang kita saksikan semasa Sheraton Move, dengan akibat buruk yang menyebabkan kejatuhan kerajaan persekutuan dan enam kerajaan negeri kurang daripada 10 bulan," kata Fann.

Dia berkata langkah untuk menjalankan kempen Simulasi Pilihan Raya Semula (SREL) muncul setelah berlaku tindakan melompat parti awal tahun ini dengan Ahli Parlimen Terbrau, Steven Choong dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng berpaling tadah dari PKR untuk berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

"Kami melihat kekecewaan pengundi dari kawasan tersebut dan memutuskan untuk bekerjasama dengan rakan teknologi, ReGov Technologies untuk mengembangkan SREL ini di platform e-undi.

"Taklimat kami kepada ReGov adalah sistem ini mesti cukup baik seperti pilihan raya yang sebenarnya dan kami dengan senang hati mengatakan bahawa kami memiliki sistem seperti itu," tambahnya.

Fann berkata daftar pemilih untuk pilihan raya umum ke-14 disimpan dalam sistem piihan raya Bersih dan hanya pengundi yang disahkan dari sesuatu kawasan pilihan raya boleh mengundi.

"Sistem kami melakukan pengesahan wajah secara langsung menggunakan gambar dari MyKad seseorang dan selfie untuk mengesahkan identiti orang itu ditambah kata laluan sekali pakai (OTP) yang dihantar ke telefon bimbit seseorang itu.

"Kami gembira dengan prospek untuk menjalankan SREL pertama di Malaysia malah yang pertama dalam sistem e-undi yang selamat dan boleh dipercayai," kata Fann, yang merancang untuk melancarkan kempen itu esok.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS