Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
27 tok batin Orang Asli terima vaksin
Diterbitkan:  Jun 20, 2021 11:18 AM
Dikemaskini: 3:18 AM

Tok batin Nengkak Anak Mat yang berusia 75 tahun dari kampung Sungai Kurau di Pulau Carey adalah antara 27 ketua kampung Orang Asli yang menerima vaksin di Hospital Orang Asli di Gombak, Selangor semalam.

Menurut laporan The Star, Nengkak berkata dia nekad melakukan perjalanan selama dua jam dari kampungnya kerana ingin menggalakkan penduduk kampung menerima vaksin.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata Jabatan Pembangunan Orang Asli (Jakoa) akan memainkan peranan lebih besar untuk memastikan masyarakat Orang Asli turut serta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, berikutan laporan mengenai kadar pendaftaran yang rendah di kalangan mereka.

Nengkak berkata adalah menjadi tugasnya sebagai pemimpin untuk memberikan contoh teladan yang baik kepada orang kampung.

"Kami ingin memberikan contoh kepada penduduk kampung. Ada sebilangan penduduk kampung yang melarikan diri bila klinik bergerak tiba. Kadang-kadang ibu bapa membawa anak-anak mereka ke sungai atau berhampiran laut kerana mereka takut mereka akan jatuh sakit sekiranya mendapat vaksin.

"Jadi, saya fikir lebih baik saya pergi. Selepas saya kembali ke kampung, saya boleh beritahu penduduk kampung bahawa saya tidak merasa sakit. Sebahagian daripada mereka cuba meyakinkan saya untuk tidak pergi, tapi saya tetap datang, ”katanya.

Dia adalah antara 60 Orang Asli yang diberi suntikan vaksin semalam.

Tok batin lain, Ilan Johos, berkata dia juga bertekad untuk mendapatkan vaksin bagi menunjukkan kepada penduduk kampung di Kampung Orang Asli Broga di Semenyih bahawa ia selamat.

"Saya beritahu mereka bahawa jika saya mendapat vaksin dan saya mati di sini, maka mereka tidak perlu mendapat suntikan. Tetapi jika saya mendapat suntikan dan saya pulang ke rumah, maka semua orang kampung saya harus mendapat suntikan, ”katanya.

Ketua kampung itu berkata mereka harus memerangi banyak maklumat yang tersebar di Facebook dan WhatsApp mengenai proses vaksinasi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS