Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jab Kesihatan digesa vaksin semua warga S’wak termasuk tanpa MyKad
Diterbitkan:  Jun 19, 2021 9:15 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Jabatan Kesihatan Sarawak digesa memvaksin semua penduduk Sarawak tanpa mengira mereka mempunyai kad pengenalan atau tidak.

Kumpulan belia Undi Sarawak berkata bahawa kewarganegaraan tidak seharusnya menjadi penghalang usaha untuk mencapai imuniti kelompok.

"Kami percaya bahawa segelintir Orang Asli Sarawak di luar bandar yang mungkin tidak mempunyai kerakyatan kerana tidak memiliki MyKad atau surat beranak masih boleh menerima vaksin Covid-19.

"Virus Covid-19 tidak tahu membezakan, dan tidak peduli jika mangsanya tidak memiliki kad pengenalan Malaysia.

"Isu MyKad tidak boleh menghalang kerajaan negeri Sarawak untuk memberi vaksin kepada semua Orang Asli Sarawak yang tidak memiliki MyKad," kata kumpulan itu dalam kenyataan hari ini.

Semalam The Vibes melaporkan bahawa Orang Asli Sarawak di daerah Baram tidak diberi vaksin kerana tidak mempunyai MyKad.

Jabatan Kesihatan daerah Miri bagaimanapun menafikan insiden tersebut, dengan berkata bahawa ia memiliki mekanisme untuk menangani mereka yang tidak mempunyai dokumentasi yang sah.

Namun, jabatan itu masih menyiasat perkara tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, Adun Telang Usan Dennis Ngau dipetik sebagai berkata bahawa pemegang MyKad diberi keutamaan daripada mereka yang tidak mempunyai MyKad, kerana bekalan vaksin yang terhad ketika ini.

Dia memberitahu The Vibes bahawa mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan mesti ditemani oleh ketua kampung untuk mengesahkan bahawa mereka adalah penduduk tempatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS