Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kembali meningkat - lebih 6,000 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Jun 18, 2021 3:09 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara ini kembali menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 6,440 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan menerusi akaun media sosialnya hari ini.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 melebihi 6,000 adalah pada 11 Jun lalu iaitu sebanyak 6,849 kes.

Jumlah jangkitan harian dalam tempoh seminggu lalu adalah sebanyak 5,638 kes pada 17 Jun, 5,419 kes (16 Jun), 5,150 kes (15 Jun), 4,949 kes (14 Jun), 5,304 kes (13 Jun), 5,793 kes (12 Jun) dan 6,849 kes (11 Jun).

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 2,095 kes, dikuti Negeri Sembilan (870) dan Kuala Lumpur (816).

Menurut laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) Covid-19, 16.28 peratus daripada anggaran penduduk dewasa sebanyak 23.4 juta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Kes aktif: 65,602
Pesakit di ICU: 894
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 451

Pecahan setiap negeri:

Selangor - 2,095
Negeri Sembilan - 870
Kuala Lumpur - 816
Johor - 592
Sarawak - 536
Perak - 357
Melaka - 223
Kelantan - 200
Sabah - 199
Kedah - 159 
Labuan - 152
Pulau Pinang - 122 
Pahang - 79 
Terengganu - 32 
Putrajaya - 6 
Perlis - 2

Negeri Sembilan masih melaporkan jumlah kes baru yang agak tinggi (870). Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengatakan bahawa kes-kes baru ini kebanyakannya dikesan melalui saringan yang disasarkan pada sektor pembuatan.

Setakat semalam, R-naught negara telah mencapai 0.95. Angka itu meningkat sejak 12 Jun. Ini bukan petanda baik.

Bagaimanapun, R-naught kurang daripada 1.00 menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin perlahan.

Berdasarkan negeri, tiga negeri/wilayah persekutuan dengan R-naught lebih daripada 1.00 adalah Sabah, Labuan dan Negeri Sembilan.

Kawasan dengan nilai R-naught terendah adalah Kelantan (0.75), Perak (0.76) dan Terengganu (0.79).

Kematian

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 74 kematian disebabkan Covid-19. Angka kematian kumulatif seluruh negara adalah 4.276.

Selangor melaporkan jumlah kematian tertinggi (28) diikuti oleh Negeri Sembilan (9), Sarawak (7), Johor (7), Sabah (6), Labuan (5), Kuala Lumpur (4), Melaka (3), Pahang (2), Perak (1), Kedah (1) dan Terengganu (1).

Enam daripada mangsa berusia 40 tahun ke bawah. Terdapat enam mangsa yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital.

Kluster

Kementerian Kesihatan kini memantau 810 kluster Covid-19 yang aktif. Ia merupakan jumlah kluster tertinggi setakat ini.

Sebagai perbandingan, pada 18 Mei, terdapat 497 kluster Covid-19 yang aktif.

Sebanyak 23 kluster baru diklasifikasikan hari ini, 17 daripadanya berkaitan dengan tempat kerja.

Industri Jalan Waja 14
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Kuala Langat
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 66 disaring

Industri Jalan Hitech Tujuh
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat dan Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 36 disaring

Industri Bukit Serdang Tujuh
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Petaling dan Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 40 disaring

Jalan Fauna Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 44 disaring

Tapak Bina Desa Rawang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 62 daripada 262 disaring

Industri Jalan Jasmin
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Selangor
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 53 disaring

Industri Taming Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 158 disaring

Industri Agas Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Tangkak dan Muar
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 61 disaring

Jalan SILC Industri
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 43 disaring

Tanjung A Empat
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru dan Pontian
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 327 disaring

Industri Ayer Keroh
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah dan Jasin
Jumlah yang dijangkiti: 25 dari 101 disaring

Industri Jalan Mawar
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Alor Gajah dan Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 47 daripada 100 disaring

Jalan Abang Haji Openg
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 22 disaring

Tapak Bina Air Panas
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Jumlah yang dijangkiti: 176 daripada 435 disaring

Sungai Tapang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sarawak
Daerah: Kuching, Samarahan dan Asajaya
Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 236 disaring

Pintas – Lingkudau
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sabah
Daerah: Keningau dan Tambunan
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 91 disaring

Jalan Bidor
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Perak
Daerah: Batang Paandg
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 187 disaring

Kampung Serikin
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Bau dan Kuching
Jumlah yang dijangkiti: 49 daripada 100 disaring

Jalan Padang Tembak Ayer Itam
Kategori: Komuniti
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Timur Laut
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 179 disaring

Cabang Empat Salam
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas dan Kota Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 19 disaring

Penjian Durian
Kategori: Komuniti
Negeri: Terengganu
Daerah: Marang dan Hulu Terengganu
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 55 disaring

Petaling Jalan 18 / 16A
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Selangor
Daerah: Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 26 disaring

Tembok Taiping 2
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Perak
Daerah: Larut, Matang dan Selama
Jumlah yang dijangkiti: 327 daripada 944 disaring


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS