Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
5,738 kes baru, lebih 1,000 di Negeri Sembilan
Diterbitkan:  Jun 17, 2021 2:59 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Kementerian kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 5,738 kes harian baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,914 kes.

Di Selangor, seorang daripada lima individu yang disahkan positif hanya selepas menunjukkan gejala. Kes-kes ini tidak berkaitan dengan kluster sedia ada mahupun menjadi kontak rapat, justeru dikenali seabgai "kes rawak".

Manakala jangkitan baru di Negeri Sembilan pula terus melonjak apabila sebanyak 1,086 kes baru direkodkan berbanding 607 kes semalam.

Seramai 7,530 pesakit lagi yang sembuh, menjadikan kes aktif pada masa ini sebanyak 66,097 kes.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 7,530
  • Kes baru: 5,738
  • Jumlah kes aktif: 66,097
  • Pesakit di ICU: 909
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 441
  • Kematian: 60 (jumlah keseluruhan 4,202)

Pecahan setiap negeri:

Selangor - 1,858
Negeri Sembilan - 1,086
Kuala Lumpur - 641
Sarawak - 559
Johor - 449
Sabah - 248
Kedah - 197
Melaka - 184
Kelantan - 154
Pulau Pinang - 97
Labuan - 97
Terengganu - 77
Pahang - 54
Perak - 30
Putrajaya - 7
Perlis - 0 

Kematian

Kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan 20 pesakit di Selangor, disusuli dengan 10 pesakit di Negeri Sembilan dan sembilan pesakit di Johor.

Ia disusuli dengan masing-masing empat pesakit di Sabah dan Labuan, tiga pesakit di Kuala Lumpur, masing-masing dua pesakit di Sarawak, Melaka dan Kedah, dan masing-masing seorang pesakit di Kelantan, Perak, Terengganu, dan Pulau Pinang.

Terdapat dua pesakit yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital. Sebanyak empat kes kematian melibatkan pesakit di bawah 40 tahun, dengan seorang daripadanya tidak mengidap sebarang penyakit lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

KKM turut memaklumkan terdapat 25 kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 795 kluster.

Sebanyak 20 kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan empat kluster komuniti dan satu kluster pendidikan lain.

 




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS