Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,150 kes baru, lonjakan di Negeri Sembilan
Diterbitkan:  Jun 16, 2021 2:54 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapa 5,150 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini. Semalam jumlah kes baru menunjukkan peningkatan apabila 5,419 kes berbanding 4,949 kes dicatatkan pada Isnin lalu.

Selangor kekal menjadi negeri dengan kes baru tertinggi pada 1,914 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan yang mencatatkan lonjakan dengan 607 kes berbanding 396 kes baru semalam.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) masih terus meningkat dan mencecah rekod baru hari ini.

Berdasarkan angka katil ICU yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 6 Jun, penggunaan katil ICU pada hari ini adalah 82.9 peratus.

Kes aktif: 67,949

Pesakit di ICU: 924

Memerlukan bantuan pernafasan: 453

Berikut adalah jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor (1,914)
Negeri Sembilan (607)
Sarawak (570)
Kuala Lumpur (480)
Johor (392)
Kelantan (230)
Kedah (228)
Sabah (184)
Melaka (152)
Labuan (101)
Pulau Pinang (99)
Perak (66)
Pahang (57)
Terengganu (56)
Perlis (8)
Putrajaya (6)

Sehingga semalam, angka R-naught telah meneruskan kenaikan empat hari dan mencapai 0.94.

Selagi R-naught kurang dari 1.00, ini merupakan petunjuk bahawa penyebaran Covid-19 semakin perlahan.

Satu-satunya wilayah di mana R-naught lebih daripada 1.00 adalah Sabah, Labuan, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 73 kematian lagi disebabkan Covid-19. Angka kematian secara kumulatif telah mencapai 4,142 korban.

Selangor (33) melaporkan kematian terbanyak diikuti oleh Sarawak (6), Negeri Sembilan (6), Kedah (6), Kuala Lumpur (6), Labuan (4), Sabah (3), Johor (3), Melaka (3 ), Pahang (2) dan Kelantan (1).

Terdapat sembilan mangsa yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital. Mangsa termuda berusia 20 tahun.

Kluster

Kementerian Kesihatan kini memantau 788 kluster Covid-19 yang aktif. Pada 16 Mei, terdapat 470 klustes aktif.

Sebanyak 19 kluster baru diklasifikasikan hari ini, 10 daripadanya berkaitan dengan tempat kerja.

Tapak Bina Jalan Gamuda Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 118 disaring

Industri Serendah Indah
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Selangor dan Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 56 daripada 100 disaring

Industri Jalan SS 13
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Petaling, Gombak, Hulu Langat, Klang dan Kuala Langat
Jumlah yang dijangkiti: 148 daripada 1.427 disaring

Industri Cheras Jalan Tiga
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 33 daripada 262 disaring

Jalan Tanjung Kidurong Tiga
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sarawak
Daerah: Bintulu
Jumlah yang dijangkiti: 33 daripada 102 disaring

Jalan Wawasan Empat
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Batu Pahat
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 16 disaring

Jalan Song Ban Kheng
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 6 daripada 28 disaring

Jalan Tun Fatimah
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 465 disaring

Solok Perusahaan Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang dan Kedah
Daerah: Seberang Perai Tengah dan Kulim
Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 52 disaring

Jalan Intan
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Perak
Daerah: Hulu Perak dan Kinta
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 53 disaring

Gran Stumbin
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Sri Aman
Jumlah yang dijangkiti: 82 daripada 620 disaring

Jalan Bintulu – Tatau
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Bintulu
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 151 disaring

Kionsom Kecil
Kategori: Komuniti
Negeri: Sabah
Daerah: Kota Kinabalu
Jumlah yang dijangkiti: 40 daripada 86 disaring

Lorong Tembun
Kategori: Komuniti
Negeri: Negeri Sembilan
Daerah: Jelebu
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 25 disaring

Sri Purnama
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Puteh
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 29 disaring

Jalan Lima Ampang Utama
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 22 disaring

Jalan Dayang
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 18 disaring

Jalan Hujan Bubuk
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Lembah Pantai
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 34 disaring

Jalan Mentahak
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 6 daripada 45 disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS